Ibu... Ibu... Engkaulah..Ratu hatiku...
Dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua teman-teman yang bergelar ibu dan bakal menjadi ibu dan tidak lupa juga buat ibuku.. yg tersayang yang telah banyak berkorban dari sejak mula aku di dalam kandungan sehingga aku dilahirkan.Kemudian aku dibesarkan dgn penuh kasih sayang tanpa jemu.Ibu.. pengorbananmu takkan aku lupakan dan takkan aku persiakan. Walaupun aku sudah berumah tangga, namun sehingga sekarang kau masih mengambil berat tentang aku dan anak2 ku.
Jasamu tetap ku kenang..sehingga akhir hayatku.
Ibuku
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Wahai Ibuku..
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.Komen anda amat dihargai.
Terima kasih.