Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog Lis's Cottage. Di sini Lis ada mempamerkan serba sedikit hasil tangan Lis seperti folkart, decoupage, basket liner, chocolate dll. Sambil kita mengeratkan tali silaturrahim antara kita sudi2lah jengok di blog Lis ini apa yg ada.

Untuk item2 yg Lis jual sila klik disebelah kanan ----->

Gambar2 akan diupdate dari masa ke semasa.

Penghantaran adalah menggunakan Pos Laju & Express.


Lis harap sudi2lah jadi teman Lis..


Terima Kasih.







My Lovely Friends..

Info utk penghisap rokok

Ini petikan yang akak ambil dari Suratkabar Kosmo.Diharapkan teman-teman yg menghisap rokok tu.. tinggalkan saja rokok.Takde faedahnyer rokok ni...lagi pula membazir jer...



KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.Komen anda amat dihargai.
Terima kasih.