Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog Lis's Cottage. Di sini Lis ada mempamerkan serba sedikit hasil tangan Lis seperti folkart, decoupage, basket liner, chocolate dll. Sambil kita mengeratkan tali silaturrahim antara kita sudi2lah jengok di blog Lis ini apa yg ada.

Untuk item2 yg Lis jual sila klik disebelah kanan ----->

Gambar2 akan diupdate dari masa ke semasa.

Penghantaran adalah menggunakan Pos Laju & Express.


Lis harap sudi2lah jadi teman Lis..


Terima Kasih.







My Lovely Friends..

Info utk penghisap rokok

Ini petikan yang akak ambil dari Suratkabar Kosmo.Diharapkan teman-teman yg menghisap rokok tu.. tinggalkan saja rokok.Takde faedahnyer rokok ni...lagi pula membazir jer...



KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Salam teman-teman,

Pagi ni bangun teramat awal.Sempatla buat sunat tahjud.Alhamdullillah...
Selepas subuh anak-anak dah pegi sekolah akak dah mulakan kerja.Kerja awal-awal pagi ni bagus otak tengah fresh lagi.Alhamdullillah sempat hasilkan mini pail akak yg kat bawah ni.

Mini Pail

Lagi Gambar Lucu

Untuk tatapan teman-teman.

Kalau dah gian memancing tu tak kira dimana saja.
Silap haribulan kena langgar dek lori la plak.




Waduh apsal tinggi sangat mesin ATM tu??
hehe... sian kawan kita tu..

Breakfast Pak Tunku

Hari ni mak akak rajin.Pagi2 lagi dah masak kueh kegemaran akak sekeluarga.Akak panggil Pak Tunku. Sedap kueh ni. Tapi bukan Pak Tunku yg selalu kita nampak orang cina selalu makan pagi2 tu.Yg ni special di tabur dengan serbuk gula.Mmmmm sedap tak terhingga.

Pak Tunku ni sedap dimakan kalau dicicah dengan air kopi o.Waduh... ni kalau buat jual mesti laku ni. Kalah donut.




BannerFans.com

Berkelah ke Tupah

Hari Sabtu ritu anak-anak merungut bosan duk rumah.Nak mandi sungai.

Panas-panas macam ni syok jugak mandi sungai ye... Akak pun bawa anak-anak pegi mandi kat Sungai Tupah. Bolehla tahan airnya. Ingatkan air dalam. Rupa-rupanya alahai... ceteknya air.

Tapi takpalah dah musim kemarau nak buat camna.Janji anak2 have fun. Bila dia orang boleh berendam, punyala seronok.


Satu-satunya hero akak.Bukan main seronok mandi sungai sampai taknak balik.

Anak dara akak ni.


Rhys Irfan anak sedara dari Singapore.

Decal


Signage Welcome



Sudip nasi yang telah akak touch up kan

My Handpainting

Sebahagian dari handpainting akak.
Semua ni hasil ilmu yg akak dapat dari Kak Nora.Thanks Kak Nora.
Akak akan uploadkan banyak lagi lagi masa ke semasa.Kalau ada kekawan yang teringin nak tempah tu.No problem... just email, YM or sms akak.


Signage daisy boleh masukkan apa2 ayat jika mahu.


Signage hydrangeas


Mom's Kitchen


Signage rose


Click to visit akaknyer gallery